Rabu, 28 Januari 2015

Umpan ikan patin

3 Umpan Khas Ikan Patin

Aktiviti memancing merupakan aktiviti yang menarik dan melapangkan minda. Namun begitu, aktiviti ini kadang kala boleh jadi membosankan apatah lagi bagi yang suka memancing di kolam. Apa tidaknya, seringkali umpan tidak disentuh ikan walaupun telah berjam jam memancing. Sudah la berbayar, masa cuti juga habis rugi. Jika ini selalu terjadi kepada anda, maka senarai umpan di bawah mungkin berfaedah untuk anda.









Umpan Patin No. 1

1 paket serbuk power ns (cap kepala ikan hitam)
1 kg pallet ikan keli 6363
1 paket perisa pandan

Cara campuran : Cuma rendam sebentar pallet dgn air panas dan kemudian gaulkan bersama serbuk power & perisa pandan secukup rasa.

Kepal dan cangkukkan pada mata kail.




Umpan Patin No. 2

1 pek roti kentang (Ada lapan bijik buang kulit)
1 pek santan (500ml)
1 keping tempe
1 botol pewangi pandan (untuk buat kek)

Cara campuran : Blender santan & tempe bersama sama, kemudian campurkan pewangi pandan ke dalam anggaran 1 penutup.

Ambil roti tadi carik carikkan, kemudian cuma kepal dengan ramuan dan cangkuk pada mata kail.




Umpan Patin No. 3

1 pek roti kentang (Ada lapan bijik buang kulit)
1 pek kecil yogurt (tiada perasa)
1 pek mauripan
20 g kelapan parut (di gorang tanpa minyak sebentar)
1 botol pewangi strawberi (untuk buat kek)

Cara campuran : Campur 1 pek kecil yogurt dengan mauripan, kemudian campur dengan kelapa parut. goncang didalam botol sebelum memasukkan sedikit pewangi strawberi ke dalam ramuan tadi.

Ambil roti tadi carik carikkan, kemudian cuma kepal dengan ramuan dan cangkuk pada mata kail.


Selamat mencuba.