Ikan patin gemar tempat yang gelap. Maka jika nak mencari port memancing yang sesuai bg ikan patin, cari port yang ada pokok di tebingnya. Pokok yang dicari adalah pokok yang lebat daunnya dan kalau boleh yang mempunyai buah. Seperti pokok ara & pokok jambu.
Isnin, 18 Januari 2016
Lubuk ikan patin
Paling mudah adalah untuk melihat percikan air. Ikan patin memang gemar melibas-libas ekor dipermukaan air. Memang geram jika melihatnya. Kalau nampak, maka segera lah baling ke situ. Tetapi ini tak bermakna tempat yang tiada percikan maka tiada ikan patin disitu.
Khamis, 7 Januari 2016
Bila masa yang sesuai memikat patin
Waktu malam antara jam 10 hingga jam 7 pagi adalah waktu yang baik untuk memancing patin. Biasanya ikan patim sangat aktif pada masa ini.
Pastikan umpan anda adalah umpan untuk memancing ikan patin dan anda menggunakan ikatan perambut yang bersesuian.
Ikatan perambut yang paling sesuai adalah perambut V, 2 mata kail. Perambut lain pun sebenarnya boleh digunakan, cuma perambut V adalah yang paling banyak digunakan. Spring juga boleh digunakan pada perambut 2 mata.
Langgan:
Catatan (Atom)