Isnin, 18 Januari 2016

Lubuk ikan patin

Paling mudah adalah untuk melihat percikan air. Ikan patin memang gemar melibas-libas ekor dipermukaan air. Memang geram jika melihatnya. Kalau nampak, maka segera lah baling ke situ. Tetapi ini tak bermakna tempat yang tiada percikan maka tiada ikan patin disitu.

Ikan patin gemar tempat yang gelap. Maka jika nak mencari port memancing yang sesuai bg ikan patin, cari port yang ada pokok di tebingnya. Pokok yang dicari adalah pokok yang lebat daunnya dan kalau boleh yang mempunyai buah. Seperti pokok ara & pokok jambu.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan